Sejarah Radio 1 adalah sejarah penyiaran negara kita. Segalanya bermula dengan penubuhan Jabatan Penyiaran pada tahun 1946. Ketika itu dikenali sebagai Radio Malaya dengan pusat pentadbirannya di Singapura. Selepas negara mencapai kemerdeƫaan, Radio Malaya menjadi satu pertubuhan yang berasingan dengan Radio Singapura.
Mulai 1hb. Januari 1959, Radio Malaya beroperasi dari Kuala Lumpur. Pada 19hb. April 1971, Bahagian Melayu yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional memulakan siaran 24 jam. Pada
… tahun 1992, Rangkaian Nasional dikenali sebagai Radio 1 sehingga sekarang. Nama-nama seperti Abu Bakar Ahmad, Murtaza Zaaba, Hashim Amir Hamzah, Dom Madzi, Jaafar Kamin, Siti Hawa Zain, Tahir Ramli, Yong Rafidah Yaacob, Siti Hawa Majid dan Zainal Abbas adalah antara nama-nama yang sinonim dengan Radio 1 dan menjadi lagenda dalam sejarah penyiaran negara.
Satu lagi sejarah penyiaran radio tercatat apabila Radio 1 dapat diikuti siarannya, serta penyampainya dapat disaksikan melalui internet mulai 1hb Januari 2001. Less